Selamat Berpuasa dan Selamat Bercuti

Sabtu, 22 Ogos 2009

Assalamualaikum wbt...

Buat semua warga SKPB, diucapkan selamat berpuasa dan selamat bercuti. Semoga dalam musim cuti ni kita dapat menunaikan tanggungjawab kepadaNya dengan baik dan dikekalkan sampailah penghujung Ramadhan. Kemudian ditambahkan lagi dengan puasa 6 bulan Syawal. Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dan keredhaan dariNya. Bagi mereka yang akan menghadapi exam PTK selamat berjuang. Salam Ukhwah semua....

BERITA : j-Qaf bakal diperluas ke sekolah menengah

Jumaat, 21 Ogos 2009

KUANTAN – Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan agar Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dapat diperluaskan hingga ke peringkat sekolah menengah.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, antara masalah yang dihadapi bagi melaksanakan J-Qaf di sekolah menengah adalah disebabkan kekurangan guru.

Menurutnya, sejak J-Qaf diperkenalkan pada tahun 2005 hingga Jun 2008, sebanyak 95.9 peratus murid tahun tiga di seluruh negara dapat menguasai asas Jawi dan mereka juga sudah boleh membaca Jawi.

“Setakat ini sebanyak 4723 sekolah rendah terlibat dengan J-Qaf dan kita dapat melihat bahawa kejayaan j-Qaf amat besar di mana 64.1 peratus murid tahun tiga sudah khatam Quran, 89.4 peratus sudah belajar asas bahasa Arab dan 86.8 peratus sudah mahir dalam ilmu Fardu Ain.

“Dengan kejayaan ini, Kementerian pelajaran mensasarkan sebanyak 6314 sekolah rendah akan terlibat dengan program J-Qaf pada 2010 dan akan menaikkan taraf pelajar lepasan diploma dalam bidang agama ke peringkat ijazah bagi memenuhi syarat menjadi guru J-Qaf,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan Ke-6, di sini, semalam.

SUMBER : www.sinarharian.com.my

Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Khamis, 20 Ogos 2009

147 SENARAI PERKHIDMATAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) MENGIKUT AGENSI

a. Biro Pengaduan Awam

1.Tinjauan Maklum Balas Awam

Taip BPA [Muat Turun Soalan] Taip A, B, C atau D hantar ke 36367

b. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

1.Aduan
Taip DBKL [Aduan] hantar ke 32728


c. Institut Kemahiran MARA

1.Pendaftaran ALUMNI
Taip IKM REG [Nama] [KP] [Sektor] [Status Kerja] hantar ke 32728

2.Hebahan Mesej
Taip [Hebahan Mesej] hantar ke 32728


d. Jabatan Meteorologi Malaysia

1.Semak gempa bumi terkini (Asia sahaja)
Taip GEMPA hantar ke 32728

1.Langganan Alert (Seluruh Dunia)
Taip GEMPA ON / OFF hantar ke 32728


e. Jabatan Kemajuan Islam MAlaysia

1.Semak Status Halal
Taip HALAL [No Kod Bar Produk] hantar ke 32728

2.Pertanyaan
Taip JAKIM [Mesej] hantar ke 32728

3.Waktu Solat
Taip SOLAT [Negeri/Ibukota/Bandar] hantar ke 32728


f. Jabatan Kerja Raya

1.Aduan
Taip JKR [Aduan] hantar ke 32728


g. Jabatan Latihan Khidmat Negara

1. Semakan Status pemilihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Taip NS [No KP] hantar ke 33995

2. Semakan Status Kemasukkan Pelatih ke Kumpulan 1,2 atau 3
Taip NS [No KP] hantar ke 33995

3. Semakan penempatan kem dan pusat berkumpul
Taip NS [No KP] hantar ke 33995

4. Semakan Status permohonan bagi kes-kes penangguhan, pengecualian dan kecuali tangguh
Taip NS [No KP] hantar ke 33995

5. Pendaftaran sukarela bekas pelatih PLKN
Taip DAFTAR NS [No KP] hantar ke 33995


h. Jabatan Pendaftaran Negara

1.Pendaftaran
Taip JPN MYKAD DAFTAR [No KP] hantar ke 32728 -
Perkhidmatan ini dihentikan sementara waktu bagi proses penyelenggaraan!


2.Semak status Mykad
Taip JPN MYKAD [No KP] hantar ke 32728



i. Jabatan Pengangkutan Jalan

1.Pertanyaan tarikh tamat lesen memandu
Taip JPJ [No KP] hantar ke 32252

j. Jabatan Penyiaran-Radio TV Malaysia (22 Stesen Radio)

1.Pendaftaran
Taip RadioID DAFTAR [Nama Samaran] hantar ke 32728

2.Semak Pendaftaran Sendiri
Taip RadioID SEMAK hantar ke 32728

3.Semak Keahlian Sahabat Lain
Taip RadioID SEMAK [Nama / No Ahli Sahabat Lain] hantar ke 32728

4.Tukar No Telefon
Taip RadioID TUKAR [No HP Lama] [No HP Baru] [No Ahli] hantar ke 32728

5.Mengubah Nama Samaran
Taip RadioID UBAH [Nama Samaran Baru] hantar ke 32728

6.Sembang Antara Sahabat
Taip RadioID CHAT [Nama / No Ahli Sahabat] [Mesej] hantar ke 32728

7.Pembatalan Fungsi Chat
Taip RadioID CHAT OFF [Nama / No Ahli Sahabat] hantar ke 32728

8.Chat dengan Azli
Taip RadioID CHAT Azli [Mesej] hantar ke 32728

9.Kerabat - Pendaftaran
Taip RadioID KERABAT WUJUD [Nama Kerabat] hantar ke 32728

10.Kerabat - Hebohan (Peringkat Pengasas Sahaja)
Taip RadioID KERABAT HEBOH [Nama / No Kerabat] [Mesej] hantar ke 32728

11.Kerabat - ubah nama (Peringkat Pengasas Sahaja)
Taip RadioID KERABAT UBAH [Nama Kerabat] [Nama Baru Kerabat] [Mesej]
hantar ke
32728

12.Kerabat - Bubaran (Peringkat Pengasas Sahaja)
Taip RadioID KERABAT BUBAR [Nama / No Kerabat] [Mesej] hantar ke 32728

13.Kerabat - Penyertaan
Taip RadioID KERABAT SERTAI [Nama Kerabat / No KErabat] hantar ke 32728

14.Kerabat - Aktifkan Penerimaan Hebohan
Taip RadioID [Nama / No Kerabat] ON / OFF hantar ke 32728

15.Kerabat - Pembatalan Penyertaan
Taip RadioID KERABAT BATAL [Nama / No Kerabat] hantar ke 32728

16.Mengemaskini Maklumat Di Laman SMS
Taip RadioID SET INFO [Maklumat Yang Ingin Dikemaskini] hantar ke 32728

17.Cari Laman SMS
Taip RadioID CARI INFO [Maklumat Yang Ingin Dicari] hantar ke 32728

18.Set Tarikh Lahir
Taip RadioID SET LAHIR [ddmmyy] hantar ke 32728

19.Ucapan / Permintaan Lagu
Taip RadioID DAFTAR [MEsej / Ucapan / Permintaan Lagu] hantar ke 32728

20.Info Trafik (KLFM)
Taip KLFM T [Info Trafik] hantar ke 32728

21.Lapor
Taip KLFM L [Mesej] hantar ke 32728

22.Iklaneka
Taip RadioID IKLANEKA [Maklumat Iklan] hantar ke 32728

23.Fungsi Undi
Taip RadioID UNDI [Ya / Tidak / 01 / 02] hantar ke 32728

24.MEnghantar MMS ke laman / kampung MMS Radio
Taip RadioID [Arahan seterusnya] [Mesej]
Cth : KLFM KG [Mesej]
hantar ke 32728

25.MEnghantar MMS ke skrin DJ
Taip RadioID [Mesej] hantar ke 32728

26.Set Tarikh Kahwin
Taip RadioID SET KAHWIN [ddmmyy] hantar ke 32728

27.Hantar Ucapan
Taip SMS [Nama] [Lokasi] [Ucapan{ [Kepada Siapa Ia Ditujukan] hantar ke
32770

28.Undian Lagu
Taip UN [Undian A/B/C] hantar ke 32770

29.Kuiz
Taip KUIZ [Jawapan A/B/C] hantar ke 32770

30.SMS lagu melayu kegemaran dalam Hitz Muzikfm
Taip CARTA [Kod Lagu] [Slogan] hantar ke 32770

31.SMS lagu inggeris kegemaran dalam Hitz Muzikfm
Taip HITZ [Kod Lagu] [Slogan] hantar ke 32770

32.Dedikasi Minal FM
Taip MV [Nama] [Lokasi] [Dedikasi] hantar ke 32770

33.Hantar Mesej
Taip SFM [Mesej] hantar ke 36600

34.Hantar Mesej
Taip LA [Mesej] hantar ke 32770

35.Hantar Mesej
Taip NFM [Mesej] hantar ke 36600

36.Sahabat NFM
Taip WARISNFM [Nama Samaran] hantar ke 36600

37.Kawan JFM
Taip JFM [Nama anda] hantar ke 36600

38.Hantar Mesej
Taip MELAKAFM [Mesej] hantar ke 36600

39.Hantar Mesej
Taip PAHANGFM [Mesej] hantar ke 36600

40.Hantar Mesej
Taip GANUFM [Mesej] hantar ke 36600

41.Hantar Mesej
Taip KELANTANFM [Mesej] hantar ke 36600

42.Hantar Mesej
Taip PERLISFM [Mesej] hantar ke 36600

43.Hantar Mesej
Taip PFM [Mesej] hantar ke 36600

44.SMS Bintang RTM
Taip BRTM [Kod Peserta] hantar ke 32776

45.SMS HOT ON TWO
Taip HOT [Mesej] hantar ke 32776

46.SMS Selamat Pagi Malaysia
Taip SPM [Mesej] hantar ke 32776

k. Kementerian Pelajaran

1.Semakan Tawaran ke Tingkatan 6
Taip T6 [Angka Giliran] atau T6 [No KP] hantar ke 33778

2.Semakan panggilan temu duga ke Program Kursus Perguruan Lepasan SPM [KPLSPM]
Taip BPGSPM TD [No KP] hantar ke 33778

3.Semakan tawaran ke program KPLSPM
Taip BPGSPM TW [No KP] hantar ke 33778

4.Semakan temu duga ke Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah [KPLI]
Taip KPLI TD [No KP] hantar ke 33778

5.Semakan keputusan mTest untuk Program KPLI
Taip BPGSPM MT [No KP] hantar ke 33778

6.Semakan tawaran ke Program KPLI
Taip BPGSPM TW [No KP] hantar ke 33778

7.Semakan tawaran ke program matrikulasi
Taip MATRIK TAWARAN [No KP] hantar ke 36399

8.Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi
Taip MATRIK KEPUTUSAN [No KP] hantar ke 36399

9.Semakan status pendaftran PTK Guru
Taip INFOPTK [No KP] hantar ke 39003

10.Aduan Disiplin Murid
Taip ADUAN [Mesej] hantar ke 33238

l. Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat

1.Pendaftaran Komuniti
Taip KPWKM DAFTAR [Nama] [No KP] [Latar Belakang] hantar ke 32728

2.Pendaftaran Satu Keluarga Satu Kaunseling [SKSK]
Taip SKSK [Nama] [No KP] hantar ke 32728

3.Hebahan - RSVP, Jemputan, Pemberitahuan
Taip [Hebahan Mesej] hantar ke 32728

m. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

1.Rakan Pengguna - Pendaftaran
Taip RP DAFTAR [No KP] [ID Pengguna / Nama Penuh] hantar ke 32255

2.Rakan Pengguna - Semak Profil
Taip RP SEMAK hantar ke 32255

3.Rakan Pengguna - Kemas kini Profil
Taip RP SET/UBAH [Kata laluan / Alamat / Login ID / NAMA / No HP] [Data]
hantar ke
32255

4.Rakan Pengguna - Dapatkan Kod Aduan
Taip RP KODADUAN hantar ke 32255

5.Rakan Pengguna - Aduan
Taip RP ADU [Kategori] [Alamat Lokasi] [Mesej] hantar ke 32255

6.Rakan Pengguna - Chat
Taip RP CHAT [ID Pengguna] [Mesej] hantar ke 32255

7.Rakan Pengguna - Pertanyaan / Bantuan
Taip RP HELP atau RP BANTU hantar ke 32255

8.Rakan Pengguna - Sebar Maklumat
Taip [Hebahan Mesej] hantar ke 32255

9.Sistem Kedai Pilihan Pengguna Pertanyaan / Bantuan
Taip KPP [Pilihan] hantar ke 32255

10.Sistem Kedai Pilihan Pengguna - Mencalonkan Nama Kedai
Taip KPP [Kategori] [Poskod] [Nama Premis] hantar ke 32255

11.e-Aduan - dapatkan katakunci
Taip KPDN hantar ke 32255

12.e-Aduan - Aduan
Taip ADU [Mesej] hantar ke 32255

13.e-Aduan - Semak Status Aduan
Taip SEMAK [No Aduan] hantar ke 32255

14.e-Aduan - Senarai barangan yang dikawal
Taip HARGA BARANG hantar ke 32255

15.e-Aduan - Semak Harga Barangan yang dikawal
Taip HARGA [Nama Barangan] [Negeri] hantar ke 32255

n. Kementerian Sumber Manusia

1.Aduan - Pusat Panggilan
Taip NAMA JABATAN [Mesej] hantar ke 0192785050

o. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


1.Mengaktifkan m-Akaun
Taip Aktif [i-AkaunID_Ahli] hantar ke 36373

2.Profil Ahli KWSPMengaktifkan m-Akaun
Taip Profil [i-AkaunID_Ahli] hantar ke 36373

3.Penyata Akaun Semasa Ahli KWSP
Taip Akaun [i-AkaunID_Ahli] [YYYY] hantar ke 36373

4.Penyata Akaun Tahun Sebelumnya
Taip Akaun [i-AkaunID_Ahli] [YYYY] hantar ke 36373

5.Penyata Caruman Bulanan Tahun Semasa
Taip Carum [i-AkaunID_Ahli] hantar ke 36373

6.Rekod Pengeluaran Simpanan Ahli KWSP
Taip Rekod [i-AkaunID_Ahli] [YYYYMMDD] [YYYYMMDD] hantar ke 36373



p. Lembaga Industri Pembinaan Malaysia

1.Status Lesen Kontraktor
Taip CIDB SEMAK [No Pendaftaran] hantar ke 32728

2.Status Permohonan Lesen Kontraktor
Taip CIDB STATUS [No Permohonan] hantar ke 32728

3.Pemberitahuan Tarikh Tamat Lesen Kontraktor & Kad Hijau
Taip [Hebahan Mesej] hantar ke 32728

4.Status Kad Hijau
Taip CIDB SEMAK [No Kad Hijau] hantar ke 32728



q. Majlis Bandaraya Shah Alam

1.Semakan Kompaun Trafik MBSA
Taip MBSA No Kenderaan hantar ke 33880


r. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana

1.Notifikasi Pengumuman dan Jemputan kepada EKS
Taip [Hebahan Mesej] hantar ke 66777


s. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

1.Semakan baki pinjaman Pelajar
Taip PTPTN PINJAM [No KP] [No Pin] hantar ke 33199

2.Semakan deposit skim simpanan pendidikan (SSPN)
Taip PTPTN SSPN [No Akaun PTPTN] hantar ke 33199

3.Semakan wang pendahuluan diri (WPP)
Taip PTPTN WPP [No KP] hantar ke 33199

4.Semakan nombor pin untuk semakan online (Untuk bayaran FPX dalam website)
Taip PTPTN NOPIN [No KP] hantar ke 33199

5.Semakan Senarai Hitam
Taip PTPTN LEGAL [No KP] [No Pin] hantar ke 33199


t. Polis Diraja Malaysia

1.RakanCop - Pendaftaran
Taip RAKANCOP [Negeri] DAFTAR [Nama Pilihan] hantar ke 32728

2.RakanCop - Semak Pendaftaran
Taip RAKANCOP SEMAK hantar ke 32728

3.RakanCop - Pendaftaran Unit (Kumpulan)
Taip RAKANCOP UNIT WUJUD [Nama Unit] hantar ke 32728

4.RakanCop - Tukar No Telefon
Taip RAKANCOP TUKAR [No HP Lama] [No HP Baru] [No Ahli] hantar ke 32728

5.RakanCop - Ubah Nama
Taip RAKANCOP UBAH [No KP Baru] hantar ke 32728

6.RakanCop - Chat
Taip RAKANCOP CHAT [Nama/No Ahli] [Mesej] hantar ke 32728

7.RakanCop - Menyertai Unit
Taip RAKANCOP UNIT SERTAI [Nama Unit] hantar ke 32728

8.RakanCop - Pohon Pelekat
Taip RAKANCOP STICKER [Nama] [Alamat] hantar ke 32728

9.SMS Balik Kampung
Taip POLIS [Negeri] BK [Alamat Rumah] [Tarikh Pergi & Balik] hantar ke 32728

10.Maklumat Alamat Polis
Taip POLIS [Negeri] hantar ke 32728

11.Semak Saman
Taip POLIS SAMAN [No Kenderaan atau No KP] hantar ke 32728

12.Semak Saman
Taip SAMAN [No Kenderaan atau No KP] hantar ke 32728

13.Saman Alerts (Melanggan)
Taip POLIS SAMAN [No Kenderaan] ON hantar ke 32728

14.Saman Alerts (Henti Langganan)
Taip POLIS SAMAN [No Kenderaan] OFF hantar ke 32728

15.Saman Alerts (Langgan Maklumat Saman KE Email)
Taip POLIS SAMAN [No Kenderaan] ON [Alamat Email] hantar ke 32728

16.Saman Alerts (Henti Langgan Maklumat Saman KE Email)
Taip POLIS SAMAN [No Kenderaan] OFF [Alamat Email] hantar ke 32728

17.Aduan/Ucapan
Taip POLIS [Negeri] [Maklumat Aduan] hantar ke 32728


u. SUK dan semua PBT di Selangor

1.Aduan
Taip SEL [Aduan] hantar ke 32728


v. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

1.Pendaftaran
Taip SPAREG [No KP] hantar ke 39111

2.Semak Status Pendaftaran
Taip SPADAF [No KP] hantar ke 39111

3.Pembatalan Pendaftaran
Taip SPAREG OFF hantar ke 39111

4.Semak Jadual Temuduga
Taip SPAJAD [No KP] hantar ke 39111

5.Semak Keputusan Temuduga
Taip SPAKEP [No KP] hantar ke 39111

6.Semak Keputusan Temuduga dengan Kod Skim
Taip SPAKEP [No KP] [Kod Skim] hantar ke 39111

7.Keputusan Ujian
Taip SPAKEXM [No KP] hantar ke 39111

8.Jadual Ujian
Taip SPAJexm [No KP] hantar ke 39111

9.Bantuan
Taip SPAHELP [No KP] hantar ke 39111




w. Syarikat Bekalan Air Selangor

1.Aduan
Taip PUSPEL [Aduan] hantar ke 39222

2.Semakan Bil - Pertanyaan Baki Bil (Gateway Sendiri)
Taip BIL [No AKaun] hantar ke 019228221


x. Universiti Malaya

1.Maklumat Pendafataran Pelajar
Taip UM DAFTAR [No Matrik] hantar ke 32728

2.Maklumat Baki Yuran
Taip UM BAKI [No Matrik] hantar ke 32728

3.Keputusan Peperiksaan
Taip UM RESULT [No KP] [No Matrik] hantar ke 32728

4.Muat Turun Borang
Taip UM BORANG [Alamat Email] hantar ke 32728

PERKHIDMATAN SMS di luar eKL

a. Majlis Perbandaran SEREMBAN

1.Aduan
Taip MPSNS [Aduan] hantar ke 32728


b. Majlis Daerah Kuala Pilah

1.Aduan
Taip MDKP [Aduan] hantar ke 32728


c. Majlis Perbandaran Kemaman

1.Aduan
Taip MPK [Aduan] hantar ke 32728


d. Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang

1.Aduan
Taip PBTPG ADU [Aduan] hantar ke 32728

2.Daftar Komuniti
Taip PBTPG DAFTAR [Nama Samaran] [No KP] hantar ke 32728

3.Alert Bencana
Taip [Hebahan Mesej] hantar ke 32728


e. SUK Negeri Sembilan

1.Aduan
Taip ADU [Aduan] hantar ke 019-3310099


f. Universiti Tun Hussein Onn

1.Maklumat Pendaftaran Pelajar
Taip UTHM DAFTAR [No Matrik] hantar ke 32728


Sumber: eKL

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular - Wabak H1N1



"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegan teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Sama-samalah kita berdoa memohon agar dijauhi daripada wabak Influenza A (H1N1) yang pada masa ini sedang merebak di Malaysia. Angka kematian semakin meningkat dari hari ke hari.
Di samping itu juga, orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri serta kesihatan. Jaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Untuk Kebaikan Bersama.

Info Ramadhan

Lafaz Niat Puasa:-

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Maksudnya: "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala".


Lafaz Niat Berbuka Puasa:-

Maksudnya"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku;
dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"



SOALAN
Adakah wajib saya berniat setiap hari sepanjang bulan Ramadan atau memadai saya berniat sekali sahaja untuk sebulan?

JAWAPAN:

Kebanyakan ulama berpendapat seseorang yang berpuasa di bulan Ramadan hendaklah berniat setiap hari. Namun demikian diharuskan berniat untuk satu bulan Ramadan.

Perbezaan pendapat adalah berpunca dalam melihat bulan Ramadan itu sendiri. Golongan yang mensyaratkan niat setiap hari kerana ibadat puasa adalah ibadat yang terpisah antara hari-harinya.

Maksudnya, jika dilihat ibadat puasa serta rukunnya jelas ia terpisah. Ini kerana puasa itu bermula dari mula azan subuh hingga azan maghrib. Selepas azan maghrib hingga azan subuh kita tidak lagi berpuasa. Itulah yang dimaksudkan dengan ibadat yang terputus antara hari-harinya.

Bagaimanapun, golongan yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan adalah berdasarkan kepada bulan itu sendiri. Maksudnya, bulan Ramadan adalah bulan puasa maka harus berniat puasa untuk keseluruhannya.

Maka dalam meneliti pendapat-pendapat ulama serta nas-nas yang serta dalil yang dikemukakan jelas kedua-duanya betul. Justeru, ingin disarankan di sini bahawa harus kita menghimpun kedua-dua kaedah di atas dengan berniat pada hari pertama dengan dua cara niat, satu untuk setiap hari dan satu lagi niat untuk sebulan.

Lafaz niat untuk sebulan dalam bahasa Melayu adalah: “Sahaja aku niat puasa fardu Ramadan untuk esok hari bagi tahun ini kerana Allah Taala”, manakala untuk sebulan pula: “Sahaja aku niat puasa bulan Ramadan keseluruhannya kerana Allah Taala”.

Maka dengan berbuat demikian kita telah mengambil jalan selamat, iaitu kita mesti berusaha untuk berniat setiap hari dalam masa yang sama kalau ada hari yang terlupa untuk berniat maka cukuplah niat kita pada permulaan Ramadan untuk sebulan.



Salam Ramadhan al-Mubarak

Rabu, 19 Ogos 2009








[


Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2009

Aktiviti Bulan Kemerdekaan:-

1) Mewarna Jalur Gemilang...bersemangat betul diorang ni. masing2 dengan lukisan mereka.


2) Kad Kemerdekaan... cantik dan kreatif...

3) Jamuan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan (guru sesi ptg)...turut serta tetamu Forex...hehe

Rabu, 5 Ogos 2009

Bahaya Lidah

Dua perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.

Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)

Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: “Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: “Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.”

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

Hiburkan Hati