Peperiksaan Akhir Tahun

Sabtu, 7 November 2009

Selamat menhadapi peperiksaan akhir tahun buat semua pelajar SKPB. Semoga segala usaha, penat lelah belajar dan mengulang kaji membuahkan hasil yang cemerlang dan memgembirakan guru-guru dan ibubapa. Selamat Berjuang.........

Tarikh Peperiksaan : 10 / 11 / 2009 hingga 13 / 11 / 2009

Teka Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:Imam Ghazali: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI....sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (surah Ali-Imran:185)"

Imam Ghazali: "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama".

Imam Ghazali: "Apa yang paling besar di dunia?"
Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: "Bumi"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (surah Al-A'raf:179). Maka, kita harus berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali: "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (surah Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketiaka Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah @ pemimpin di dunia ini...tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia?"
Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun2"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid2 dengan serentak menjawab: "Pedang"
Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA....kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

Hiburkan Hati