KUALA TERENGGANU - Golongan pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh ditetapkan berhadapan tindakan digugurkan sebagai guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, meskipun kes tersebut adalah terpencil namun, amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.
“Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pendalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen.
“Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti. Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pendalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan,” katanya di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru.
Menurutnya, guru yang berkhidmat tidak dikecualikan untuk ditempatkan ke kawasan pendalaman.
Asma` Al-Husna
Masa Terus Berlalu...
klik kat bawah sini...
Bahan-Bahan j-QAF
j-QAF Tahun 6
j-QAF Tahun 3
Digugurkan sebagai perkhidmatan guru
Jumaat, 12 Mac 2010Kaji semula sistem PTK
Khamis, 11 Mac 2010PUTRAJAYA- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dikaji semula termasuk daripada segi kenaikan pangkat dengan tidak hanya mengutamakan mereka yang lulus cemerlang tahap empat sahaja.
Sebaliknya, Presiden Cuepacs ,Omar Osman berkata, penjawat awam yang lulus tahap tiga namun berpengalaman dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, juga perlu diberikan keutamaan untuk kenaikan pangkat.
Ini kerana, beliau berkata, sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.
"Cuepacs menyarankan agar sistem PTK ini dikaji semula selaras dengan hasrat pentadbiran kerajaan yang mahukan penjawat awam melalui beberapa transformasi dan perubahan pada perkhidmatan mereka," katanya hari ini.
Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.-Bernama
MSS Zon Barat
Rabu, 10 Februari 2010Acara : MSS Zon Barat, Sipitang
Tarikh : 10-11 Feb 2010
Tempat : Padang SFI Sipitang
Perasmian Penutupan : En. Abdul Razak Bin Abdul Karim (PPD Sipitang)
Sukan Zon Barat melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK. Padang Berampah, SKJ(C) Chung Hwa, SK. Pekan, SK. Marintaman, SK. Kawang.
Sukan SK Padang Berampah Tahun 2010
Jumaat, 29 Januari 2010Acara :Sukan Tahunan SKPB 2010
Tarikh :27-28 Jan 2010
Tempat :Padang SFI Sipitang
Kursus Pengurusan Pendidikan Islam GPI dan j-QAF
Kursus : Kursus Pengurusan Pendidikan Islam GPI dan j-QAF
Tarikh : 26 /01 / 2010
Tempat : PPD Sipitang
Antara Agenda:
- Taaruf
- Perlantikan Pengerusi GPI
- Perlantikan Pengerusi j-QAF
- Edaran Pekeliling Penempatan Semula Guru j-QAF
- Pengurusan Pendidikan Islam
- Pengurusan Kurikulum Pendidikan Islam
- Pengurusan Fail
- Semakan dan Penempatan GPI di Sipitang
- Perbincangan Mengenai masalah yang di hadapi GPI dan j-QAF
JPA nafi COLA dan ITP ditarik balik
Sabtu, 23 Januari 2010PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hari ini menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-Bernama