Majlis Penutupan Minggu Pend.Islam dan Kem Bestari Solat

Sabtu, 31 Oktober 2009

Dirasmikan oleh : En. Khamis Bin Nayan ( Guru Besar SKPB )
Tarikh : 22 / 10 / 2009 ( Jumaat )

Tempat : Dewan SK Padang Berampah, Sipitang


Majlis berlangsung dengan jayanya. Gabungan dua majlis iaitu Penutupan Minggu Pend. Islam dengan Kem Bestari Solat memeriahkan lagi suasana majlis. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Padang Berampah dengan mewajibkan murid tahun 1 dan tahun 2 menghadirinya disamping pelajar yang terlibat dengan penerimaan hadiah dan persembahan sahaja. Ini kerana persekolahan dan P&P berjalan sepertimana biasa. (Senarai nama akan diupdate kemudian)
Berikut adalah antara gambar-gambar majlis penutupan MPAI dan KBS :











Pendidikan Islam dimantapkan

Sabtu, 17 Oktober 2009

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

15 Tanda Kematian Mulia

Selasa, 13 Oktober 2009

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
www.dakwah2u.blogspot.com

Pertandingan Koir Antara Kelab / Persatuan

Isnin, 12 Oktober 2009

Bertarikh : 11 / 10 / 2009
Bertempat : Dataran SKPB

Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan. Kesemua 12 persatuan / kelab SKPB mengambil bahagian. Slide berikut adalah nama-nama persatuan di SKPB:





Persatuan j-QAF juga turut serta memperjuangkan bakat. Persatuan j-QAF mempersembahkan lagu yang bertajuk
" Demi j-QAF". Senikatanya disusun dan tulis oleh Ustazah Khatijah. (akan dimasukkan kemudian)
Dalam pertandingan tersebut, persatuan j-QAF telah memperolehi 3 anugerah iaitu tempat kedua persembahan kreatif, tempat ketiga dalam pertandingan koir SKPB dan kehadiran ahli yang paling ramai dalam setiap perjumpaan. Berikut adalah latihan Koir Kelab j-QAF SKPB yang dibimbing oleh ustazah Khatijah Binti Arshad:


Bergambar kenangan: Ust Shahidan bersama koir j-QAF dengan hamper yang dimenangi oleh Persatuan j-QAF.

Antara suasana sepanjang
pertandingan Koir...

Kursus Dalaman Guru-Guru SKPB

Semasa murid-murid tahun 6 menduduki exam UPSR, guru-guru SKPB diwajibkan mengikuti kursus dalaman anjuran Kelab ICT. Murid-murid SKPB diberi cuti khas sempena peperiksaan UPSR.

Bertarikh : 08 - 10 / 09 / 2009
Bertempat : Makmal Komputer SKPB

memang senyap sebab murid diberikan cuti hehehe....jangan marah baa!


caayalah cikgu Saprah!! hehe


sebahagian guru perempuan SKPB...

sebahagian guru lelaki...

Majlis Solat Hajat UPSR

Oleh kerana masalah teknikal yang dihadapi, maka tertunggaklah bahan-bahan yang perlu kami sediakan untuk diupload ke dalam blog jqafskpb...

Majlis Solat Hajat UPSR SK Padang Berampah, Sipitang.
Bertarikh : 04 / 09 / 2009

Masa : 10.00 pagi

Bertempat : Bilik Agama SKPB


Antara suasana majlis solat UPSR...

ceramah ringkas oleh Ust Zamzuri sebelum memulakan solat hajat

Guru Besar menyampaikan kata-kata nasihat, semangat setelah selesai solat hajat

Agihan air solat hajat kepada murid-murid tahun 6 SKPB

Akan Terus di Update

Assalamualaikum wbt...

Salam uhkwah buat teman2 yang sudi mengunjungi blog skpb ni. pihak kami ingin memohon maaf diatas masalah teknikal yang dialami sebelum ini. Insya Allah blog jqafskpb ini akan terus diupdate dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan blog jqafskpb ini menjadi salah satu rujukan kalian. D i kesempatan ini kami ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada warga SKPB dan umat muslimin dan muslimat seluruhnya...

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

Hiburkan Hati