BERITA : j-Qaf bakal diperluas ke sekolah menengah

Jumaat, 21 Ogos 2009

KUANTAN – Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan agar Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dapat diperluaskan hingga ke peringkat sekolah menengah.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, antara masalah yang dihadapi bagi melaksanakan J-Qaf di sekolah menengah adalah disebabkan kekurangan guru.

Menurutnya, sejak J-Qaf diperkenalkan pada tahun 2005 hingga Jun 2008, sebanyak 95.9 peratus murid tahun tiga di seluruh negara dapat menguasai asas Jawi dan mereka juga sudah boleh membaca Jawi.

“Setakat ini sebanyak 4723 sekolah rendah terlibat dengan J-Qaf dan kita dapat melihat bahawa kejayaan j-Qaf amat besar di mana 64.1 peratus murid tahun tiga sudah khatam Quran, 89.4 peratus sudah belajar asas bahasa Arab dan 86.8 peratus sudah mahir dalam ilmu Fardu Ain.

“Dengan kejayaan ini, Kementerian pelajaran mensasarkan sebanyak 6314 sekolah rendah akan terlibat dengan program J-Qaf pada 2010 dan akan menaikkan taraf pelajar lepasan diploma dalam bidang agama ke peringkat ijazah bagi memenuhi syarat menjadi guru J-Qaf,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan Ke-6, di sini, semalam.

SUMBER : www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
 
 

Hiburkan Hati