KUALA TERENGGANU - Golongan pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh ditetapkan berhadapan tindakan digugurkan sebagai guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, meskipun kes tersebut adalah terpencil namun, amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.
“Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pendalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen.
“Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti. Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pendalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan,” katanya di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru.
Menurutnya, guru yang berkhidmat tidak dikecualikan untuk ditempatkan ke kawasan pendalaman.
Asma` Al-Husna
Masa Terus Berlalu...
klik kat bawah sini...
Bahan-Bahan j-QAF
Kalian bolehla klik&sedut bahan2 yang tersimpan dalam jqafskpb. Bahan2 jqaf yang lain masih dalam proses. Apapun blog jqafskpb akan sentiasa dikemaskini dan diupdate. Untuk mendapatkan bahan2 terkini, eloklah anda mendaftar di jqafskpb.
j-QAF Tahun 6
j-QAF Tahun 3
mungkin di blog ni ada yg menarik..klik sini
Digugurkan sebagai perkhidmatan guru
Jumaat, 12 Mac 2010Dicatat oleh Sek Keb Padang Berampah di 7:31 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan